Pages

Thursday, March 15, 2012

PENURUNAN BILANGAN PELAJAR SAINS


salam, hari ni sifa nak ckp pasal penurunan bilangan pelajar sains sebab hal ini menjadi kebimbangan kerajaan kita.

Sejak tahun 2007, pelajar jurusan sains menurun dgn begitu ketara.
Sepatutnya jumlah pelajar sains adalah 60% dan selebihnya adalah pelajar aliran seni.
Kenapa ye?

Hurmm...
Menurut profesor dr. Husin wagiran, pelajar ingin rasa beb as dari belenggu aliran sains yg sukar dan menganggap aliran sastera mempunyai lebih banyak peluang dalam kejayaan akademik.
Urm, betul ke?
Ok, if ambil aliran sains, subjek yg akan dipelajari antaranya fizik, biology, chemistry dan add maths.
Korg igt aliran sastera ni lg mudah ke? Macam tu?
Rasa mcm sama je.. agaknye org yg rase mcm tu rase susah cz paper sbjek sains ade 3 kot?
Ala, bilangan paper je yg lebih, tp perkara utama tu, kena blaja jugak.
Bkn korg aliran sastera x kena belajar kan?
Tp yela, prof pun ckp, aliran sastera ni, mudah nak dpt keputusan cemerlang berbanding aliran sains. Tp tu la cabaran utk pelajar sains kan? N sebab susah la, aliran sains diaggap aliran berprestij di seluruh dunia.
Susah atau senang, bergantung pd individu tu sendiri. Kalau org tu awal2 kata subjek tu susah, jd susah la bnd tu. Yg penting niat n minat nak blaja tu. Sains ada dlm setiap aspek kehidupan. So, korg mesti ada terfikir jugak sumber, bahan2, mcm mana terbentuk n lain2 pd alam sekeliling korg kan. See, maknenye korg ade minat dlm sains, kecualilah korg x pernah nak amek tahu pun ape yg ade kt alam ni. Jgn la terpengaruh dgn org sekeliling yg ckp aliran sains ni susah la nak blaja, asyik pening lah, susah nak lulus or dpt A or else.

Penurunan pelajar sains memperlahankan sasaran Pelan Hala Tuju Modal Insan dan Teknologi 2020 yg mensasarkan jumlah pelajar aliran sains 60%, ttp ia merosot dgn hanya 37% pelajar dlm bidang sains dan matematik manakala hanya 29% bg aliran sains tulen.

Profesor sendiri mengakui subjek sains adalah sukar dan membosankan serta menjadi milik orang pandai, namun jika org pandai tu sendiri x minat, mesti ada sebabnya.
Menurut beliau lagi, sains rumit krn menekankan konsep pemahaman yg memerlukan lebih banyak analisis, ttp kebanyakan pelajar lebih suka menghafal.

Masalah lain pula, bila ada pelajar yg hanya minat sains, tp x minat matematik, ada jugak yg sebaliknya. Tu pun salah satu punca penurunan jumlah pelajar sains.
Melalui kajian, ramai pelajar lebih berminat menjadiahli perniagaan, usahawan, petani, kontraktor, bidang perkhidmatan dan bidang hospitaliti yg menjanjikan pendapatan lumayan yg mengatasi pendapatan bidang profesional. Tp  mungkin kita semua x sedar yg Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 500, 000 tenga kerja dlm aliran sains dan teknologi menjelang 2020 utk capai status negara maju berpendapatan tinggi. If jumlah pelajar sains semakin merosot, makin sukar la kita nak capai status negara maju n pendapatan negara kita pun x kan tinggi tanpa tenaga kerja dlm bidang ni.

So, rasenye if korg nak tolong negara korg Malaysia ni cepat capai status negara maju, yg ambil aliran sains dkt sekolah, teruskanlah di peringkat seterusnya. N if korg nak kerajaan menyediakan lebih banyak kemudahan n mcm2, tlg lah tingkatkan pendapatan negara dgn meyahut cabaran belajar aliran sains yg dikatakan susah sgt. Korg yg form3 terutamanya, tahun dpn nak pilih aliran, if mmg minat n rasa mampu, teruskan lah. X payah nak percaya ckp org lain yg kata susah.
Btw, tu pendapat je.. apa pun, semua terpulang kat diri sendiri.
Sekian.
Sumber : HARIAN METRO, 27 Februari 2012.

Monday, March 12, 2012

MAKANAN YANG BUAT OTAK CEPAT LUPA

hey, salam.
tiba2 nak cakap pasal makanan ni cz ada kawan sifa yg tanya macam mana sifa bole dpt result yg baik utk PMR n UPSR dulu. salah satu jawapan sifa is jaga pemakanan. ramai yg pandang remeh hal ni.
betul, mmg makanan x mempengaruhi kejayaan kita, tp makanan ni lah yg akan mebantu otak kita.

seperti yg ramai dah tahu, kalau nak ingatan kuat, makn kurma, madu n lain2.
oh, n nak kongsi 1 perkara yg sifa tahu. pernah ada 1 penceramah ni bgtahu, if nak pandai, makan ikan tongkol or ikan kayu. menurut beliau, kalau kita perasan, kebanyakan pelajar cemerlang Malaysia dtg dari terengganu.
dan dorg ada buat kajian, ikan kayu ni ada kandungan minyak omega.

ok, berbalik pada tajuk asal.
pertama sekali, elakkan makanan yg ada kandungan pengawet yang tinggi.
perhatikan label makanan, kalau boleh, jgn makan makanan yg ada monosodium glutamate(MSG).
cth mkanan yg ada MSG tp org suka is maggi. tolong lah elak makan maggi lagi2 kalau dah nak dekat exam sebab MSG ni bole menyebabkan kita cepat lupa apa yg kita belajar.

yg kedua, ni pun yg orang suka lah sgt2 kan. makanan segera atau fast food. mcm2 lah yg ada sekarang ni, KFC lah, mcD lah n macam2 lah. untuk orang yg parents dia bekerja, mesti lagi selalu kan, sbb parents x de mase nak masak. knp? fast food ni ada kandungan garam dan pengawet yg tinggi, sbb tu lah x elok utk otak.
ha, n kebiasaannya, kalau makan fast food, mesti berselang dgn air bekarbonat or org lagi kenal sbg air gas. mmg lah rasanya sedap sbb manis, tp dia ada kandungan gula yg sgt tinggi. plus, ada kandungan soda bikarkonat yg boleh menyumbang kpd faktor otak mudah lupa.

ketiga, makanan yang diperam atau diproses lama.
contoh macam belacan, budu, cencalok n kicap.
percaya tak sifa x pernah mkn sambal belacan sampai la dah lepas SPM. ha, bukan x nak mkn ea, bukan x suke mknan melayu, tp ayah sendiri x bg, katanya nnt lupa. tp igt lagi, bila sifa x mkn, org cakap sifa ni berlagak lah, nak western je lah, mcm2. bukan x nak, buktinya, sifa dah mkn pun sambal belacan. :D
huh? kenapa x boleh? sebab makanan2 ni dah lama kena proses sebelum dpt hasilnya, tu yg buat kita cepat lupa.

keempat, makanan ringan. hurm, jgn cakap kanak2 je yg suka, org dewasa pun suka makan ape yg org panggil sebagai jajan. terlalu banyak bahan pengawet dan pewarna, pastinya mempunyai banyak bahan kima yg sememangnya terbukti melemahkan ingatan..

urm, rasanya tu je lah yg sifa elakkan.
btw, bukan x boleh makan langsung. cuma kurangkan dan elakkan mengambil makanan tersebut sewaktu ambang peperiksaan.
kredit to ash sbb tanya soalan ni, dpt idea utk share dgn org lain jugak. :)
sekian.