Pages

Wednesday, October 10, 2018

Random

Betul lahh org kata habis belajar ni adalah totally a new phase.

Tak pernah terfikir pun dulu apa yg aku lalui sekarang.
Tak sama langsung bayangan hidup aku dengan apa yg aku jalani.

Siapa sangka dah setahun grad, tapi tak bekerja?
Hahaha. Semua orang tak sangka, dan taknak benda ni. Tapi, apa boleh buat.

Bukan lah aku tak bekerja langsung. Tapi takde kerja tetap. Buat kerja sana sini sebagai part timers je.

Jadi promoter n jaga booth paling banyak kali. Hahaha.
Macam mana? Korang yg kenal aku, mesti tahu aku ni muka sombong, kalau orang tak mula dulu, aku tak bercakap, kalau orang tak rapat, pendek2 je perbualan aku.
Jadi promoter bukan kena tegur orang dulu ke? Kena explain barang? Kena pujuk customer beli...
Tapi tu lah, "there is always a first time"

Mula dari zaman praktikal lahh, kena join event macam2, so masa tu lah belajar buat sale. Sampai lah aku yg sekarang ni.
Ya, boleh jadi peramah macam dh kenal lama, boleh tegur orang dulu, boleh kata ada lah jugak skill nak menjual tu hoho

Ehh tapi chop! Tu cuma jadi bila aku tengah kerja je eh. Bila aku bukan sebagai sales person, aku tetap dengan muka sombong aku, tapi better lah, boleh diajak berborak n boleh lah mula dulu conversation 😂😂

Sebab takde kerja lahh, aku fikir apa aku boleh buat, macam mana nak hidup, dengan ada komitmen lagi 😭
Hence- jual tauhu bergedil.
Ya, aku buat sendiri, olah sendiri resepi tu. Buat research sendiri, study resepi2 lain. Terus terang aku tak suka makan kentang dan tauhu, tapi aku suka makan bergedil 😅

Bila dah tengok resepi2 lain, masa tu lah aku buat macam yg mak ajar dari dulu lepastu olah lah ikut kesesuaian tekak sendiri kann. Alhamdulillah, takde la banyak sgt order tu, tapi utk aku hidup, lepas lagi laa 😅

"Kau buat lah full time, nnt lagi kaya"
Ya betul kalau buat full time boleh ada income sama mcm org makan gaji.
Tapi since baru nak mula, payah la jugak sbb orang tak kenal kan.
Sekarang ni mostly yg order pun kawan2 pastu dorang share kat kawan2 dorangg kar ofis lahh kt social media bagaii. Thank you sooo much, sumpah terharuu 😭

So kalau korang rasa nak tolong aku, sila lah. Aku hargai sgt2. Kalau tak beli pun, boleh tolong promot kat kawan2 jugak. Mudah mudahan kalian semua dimurahkan rezeki oleh Allah ❤

Ehh dah alang2 membebel, jemput follow instagram @projeksifa
https://instagram.com/projeksifa

Cukup lah sampai sinii, till then, bye!