Wow.
Its been such a loooooong time I believe.
So, what's make me here?
Firstly, this is once in a lifetime experience, I am so bored and thinking something to do.
But honestly, I think I should keep it here so that it would be remembered.
Slightly feel awkward since its quite long time that I post here. I think I'm gonna mix between English and Bahasa.
Pernah dengar setiap 100 tahun, akan berlaku satu bencana yang akan melibatkan seluruh dunia terjejas? Well I think it is now.
Seluruh dunia kini sedang bertungkus lumus memerangi wabak penyakit Covid-19. Ia adalah penyakit yang sangat mudah merebak dan masih tiada kajian yang dapat mengesahkan punca merebaknya penyakit ini, samada daripada air, udara mahupun sentuhan. Of course, aku takkan cerita detail drpd segi saintifik, korang boleh cari sendiri drpd sumber dipercayai.
Apa aku akan cerita adalah pandangan dan pengalaman aku serta org sekeliling.
Penyakit ni dah mula dikesan pada penghujung tahun 2019 di China, tp masa tu keadaan di Malaysia agak terkawal dan rakyat Malaysia masih menjalani aktiviti harian spt biasa.
Cuma kami semua dikehendaki mengambil langkah berjaga-jaga, menjaga kebersihan, elakkan ke tempat ramai org dan macam2 lagi.
Kebetulan, Malaysia pd ketika itu, ada pula krisis politik. Ni pun kejadian yg tak pernah berlaku jugak.
Malaysia pd masa itu tukar kerajaan tanpa pilihan raya.
Ya, aku marah sbb masa tu kita sepatutnya berjaga-jaga utk elakkan penyakit tu menular dlm negara kita, tp sebaliknya yg berlaku.
Ya lah, agaknya masa tu tak ramai lg yg disahkan positif Covid-19.
Tapi, benda dah jadi. Mungkin ada hikmah.
Aku taktahu motif masing2, tapi PM skrg, TSMY nampak memainkan peranan proaktif.
Long cut short, TSMY umumkan Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restricted Movement Order (RMO) bermula 18 Mac - 31 Mac 2020. Semua org dikehendaki duduk di rumah dan tidak menghadiri apa-apa majlis. Syarikat-syarikat yg bukan essential juga diarahkan agar tidak beroperasi.
Masa diumumkan ni, mula-mula tak rasa apa pun. Dan aku syak kebanyakan org memang tak rasa apa-apa. Sebab masa tu, tak silap aku cuma 60% shj yg mematuhi arahan tersebut.
Adik aku yg belajar kt UMK pulak yg kebetulan ada kt rumah masa tu sbb dia balik sempena hari pertunangan aku, pun minta nk balik ke Kelantan walaupun PKP sbb lecturer dia minta siapkan assignment dan perlu dihantar dlm tempoh tu.
So, aku pun on the 1st day PKP keluar jugak ke airport Subang utk hantar dia.
Of course aku tak bg mak kau ikut sbb airport pun tmpt berisiko.
Well at least aku muda lg, immune badan tinggi (kot) kalau nk banding mak aku.
Lepas hantar je terus balik dan mandi ye. Haha. Walapun tak turun kereta pun.
Kerja?
Oh tempat kerja aku termasuk dalam essential services, so kami kena kerja.
Tp utk dept aku, ada jadual utk bergilir bg mengurangkan interaksi dan meminimumkan risiko.
Dalam tempoh tu, ada sekali je aku pergi kerja utk settle report n claim kontraktor.
Fuhh,macam panjang je. Part 2 i guess?
Kang panjang sgt pun letih gak kan LOL.
Ok lah, sekian Assalamualaikum.