Pages

Saturday, June 4, 2016

Internship: Preparation

Ehemm assalamualaikum.
Lama tak update, tapi ni terasa nak menulis, so why not kan?

Hehe.
Sekarang Sifa tgh intern, dekat IKS (industri kecil sederhana) yg sedang meningkat naik namanya dlm kalangan IKS ni, which of course lah kena related dengan makanan kan, dah blajaq pun pasai makanan  😅

Ahh nk cerita lebih pun, belum habis lg intern, so tu nanti lah kan.

But apa yg sifa nk share is, bila korang nak pergi buat internship, prepare physical and mental. Seriously.
Internship ni mcm alam persediaan before nak masuk kerja, kalau tak ready, boleh terkejut and mungkin rasa down, mungkin rasa nk give up.

Lain company, lain cara dorang treat student praktikal tu.
Ada yg layan memang mcm student lah, guide satu2 benda n ada je org tolong.
Ada jugak yg jenis bagi tugasan, haa pandai2 la engkau siapkan n yg tau by deadline, dah ada.
Haha.

Be prepared for the worst.
Kena marah tu benda biasa.
Ada gak yg asal benda silap ke tak kena ke, nnt ada staff sentiasa tunding jari kat korang padahal korang taktau pape(ni seriously paling menyakitkan hati)
Ada gak yg kata ok waktu sampai jam sekian2, tapi tiba2 kau kena OT.
Ada jugak kes yg buat OT tapi tak dibayar atas alasan nak suruh kau belajarr. 😂😂

Nak taknak, hadap jela kann.
Yes, memang ada limit skop kerja utk praktikal student, tapi kau nk report pun malas kan, lepas tu sanggup ke kau nk tukar tempat intern dan repeat balik?!
TIDAKK!
Ehh tp kalau kes teruk, please report okay. ☺

Level stres time intern pun, memang memuncak lah cerita dia kan. 😅
Tapi sendiri lah kena kawal emosi, pandai2 cari masa untuk diri sendiri, cari kawan yg kau boleh percaya, yg korang boleh share sama2, ada masa je pi balik jumpa mak ayah.
Tu semua boleh bantu korang untuk teruskan kehidupan internship. Lol.

Paling penting, walaupun intern, solat jangan tinggal, atau jgn dh hujung2 waktu baru hegeh nak pi solat walaupun sifa faham sgt2 kadang2 kerja tu menimbun kan.
Kau mudahkan urusan kau dengan Allah, Allah akan mudahkan urusan kau. :')

Nak seribu daya, tanak seribu dalih.

Motivasi diri sendiri untuk hbskan praktikal ni adalah sebab sifa nak grad cepat, nak cari kerja cepat, nak tolong mak ayah sifa pulak  sbb sepanjang sifa belajar, memang banyak susahkan dorang. 😭😭

P/s: apa yg ditulis adalah bukan shj pengalaman sifa, tapi juga rakan2 yg sedang intern.

Till then, thanks sbb baca!
Salam. 😊

Thursday, January 21, 2016

Hashtag 2 kerja

Assalamualaikum.

Mahasiswa manja?
Hehehe.
Macam yg sy bgtahu dlm post sebelum ni, sy bergantung sepenuhnya pada ayah sy.

Tapi sejak bulan Mei 2015, sy mula buat part time. #duakerja
Nama pun part time je kan, berapa sgt lah yg dapat betul tak.

Bagaimana sy menguruskan masa dan membahagikan masa sy?
Erm, tak pasti nak kata macam mana, mcm org kata "follow the flow" je lah kot.
Tapi sy rasa sy sendiri beruntung kerana dapat tawaran buat part time yg mungkin agak mudah, sy boleh melakukan kerja sy di mana2 shj sama ada ketika sedang berbaring mahupun ketika di dalam bas, cuma memerlukan sedikit kekreativiti membuat ayat dan juga internet.

Kerja sy adalah utk meng"update" page facebook dan instagram sebuah restoran yg agak terkemuka kerana ia dimiliki oleh chef selebriti Malaysia.
Mungkin kedengaran mudah, update je kan.
Sesiapa pun boleh buat, tapi nak fikirkan isi kandungan yg sesuai tu, rumit juga.
(Ok mungkin boleh cerita pasal apa kepayahan nk update Fb page dalam post lain :p)

Sy perlu update page ni, 5 kali sehari, waktu pagi, lunch, petang, dinner dan malam.
Kebiasaannya sy akan "schedule"kan posting waktu lunch dan dinner utk keesokan hari pd waktu malam terutama jika keesokan hari jadual kelas sy padat.
Tp tunggu dulu, cuma fb shj boleh set kan "schedule, tapi instagram tak boleh (ada software diperlukan utk schedule di instagram)
Jujur sy akui, bila tiba waktu sepatutnya di update, dan jika ketika itu sy di dalam kelas, sy akn buka handphone dan buat apa yg sepatutnya. (lepas tu time nak test ke exam ke, menyesal tak fokus dalam kelass huhu!)

Tengok, tak berbaloi kan buat 2 kerja.
Nasib baiklah classmate semua kalau tanya soalan ke, kalau tak faham ke ada je yg akan bantu!
Ihiks.

Pendapat sy lah, bukan semua org boleh buat 2 kerja ni
Tak semua ada kelebihan nak bahagikan masa antara belajar dan bekerja.
Kelas pun kebiasaannya bermula jam 8 pagi hingga 6/7 petang.
Malam sibuk dengan assignment lagi, lab report lagi.
Tambah pula kalau minggu test atau minggu presentation, serabut!
Semua subjek dalam minggu yg sama pula tu.
Aduhh time macam tu memang masing2 muka sembab tak cukup tidur, malam bertemankan nescafe dan jika kerja berkumpulan lazimnya berkampung di pusat sumber/ perpustakaan lah jawabnya.

Bila masanya nak kerja part time tu?
Hujung minggu?
Masa ni lah nak siapkan kerja yg tertangguh, masa ni lah nak qada tidur time weekdays, nak beraktiviti kolej ke, sukarelawan ke, universiti ke atau apa2 lah program berkaitan.
Kalau tak melibatkan diri pula, nanti dikatakan graduan tak berkualiti pulak tak seimbang pula dari segi akademik dan kokurikulum. *sigh*

Jadi, bagaimana hendak mengatasi masalah ni?
Jawapannya ada pada diri sendiri.
Kenali diri anda kerana anda lebih tahu kemampuan diri anda sendiri.
Jika ingin buat part time, pastikan anda buat apa yg anda betul2 minat.
Jika anda minat berniaga, jadi berniagalah!
Jika minat memberi perkhidamatan, boleh cuba di restoran makanan segera atau di butik2 di pusat membeli belah.
Kerana jika anda buat part time dalam bidang yg anda tidak suka/minat, anda tidak akan merasa keseronokan malah mungkin hanya mendapat stres.

Ada je rakan2 sy yg berniaga online, boleh kata ada je income yg masuk, walaupun sedikit, tapi jika berterusan, bagus lah tu kan, namun keputusan peperiksaannya tetap cemerlang!
Tapi ada juga rakan yg buat kerja part time, tapi selepas mula part time, prestasinya jatuh.

Namun, jika anda rasa anda tidak mampu membuat 2 kerja, tidak mengapa!
Setiap orang kelebihannya berlainan.
Jika inginkan pengalaman bekerja sebelum menamatkan pengajian, ketika cuti semester boleh cuba juga kerja part time kan? ;)
Semuanya terletak pada diri anda sendiri.



Semua yg dilontarkan hanya pandangan dan pengalaman sendiri.
hashtag jangan kecam saya.

Sekian wasalam.