Assalamualaikum.
Lama rasanya tak menaip, kali terakhir pun sebab keperluan subjek IT in Food Service.
Alhamdulillah, dah pun tamat semester ke-5 awal Januari ni. Semester hadapan bakal menjalani latihan industri, dan tidak, ia bukan semester terakhir kami. Lepas LI, kami ada baki lagi 2 sem untuk projek tahun akhir.
Sekarang ni kecoh pasal isu pelajar manja, betul ke? Sy sendiri sebagai pelajar, pasti tidak bersetuju. Tapi kami sendiri tidak tahu pandangan golongan lain terhadap kami.
Cuma bukan itu yg sy nak kongsi.
Seringkali orang anggap, pelajar yang tidak mendapat pinjaman PTPTN (tidak juga ada biasiswa) atau tidak dapat pinjaman penuh, sebagai orang kaya.
Mengapa ya?
Saya akui, saya sendiri tidak mendapat pinjaman penuh, cuma satu per empat sahaja, iaitu RM8K untuk 8 sem. Jadi, sy cuma ada 1K/sem. Yuran pengajian di UPM pula lebih kurang RM1300 ke 1400. Yuran pun tak lepas, siap kena minta ibubapa tambah lagi.
Adakah saya orang kaya? Tak.
Sy sendiri mempunyai 5 beradik, semua bersekolah. 2 daripada kami belajar di UA, dan adik sy yg sedang belajar di universiti langsung tidak mendapat pinjaman PTPTN.
Seperti sy beritahu td, jumlah pinjaman sy hanya RM1K/sem, dan semuanya telah digunakan untuk yuran, maka saya tiada baki utk dijadikan sbg belanja keperluan. Ya, kami berdua bergantung sepenuhnya terhadap ayah kami (Mak tidak bekerja dan sy anak sulung)
Adakah anda rasa kami senang?
Dengan kos barang yg semakin meningkat, barang makanan dan keperluan yg semakin meningkat, adakah kami tidak terkesan dengan kenaikan ini?
Ditambah pula dengan kenaikan tambang pengangkutan awam seperti KTM dan LRT.
Ada segelintir yg sy perhatikan, setiap kali duit pinjaman masuk, setiap kali tu lah handphone nya bertukar. Setiap semester tu nak pakai phone baru. Bukan cemburu, cuma kadang2 sy rasa ia tidak perlu, tambah2 lagi jika phone sebelumnya masih boleh berfungsi.
Ada segelintir tu, dengan duit pinjaman tu lah, digunakan untuk shopping melebihi keperluan semata utk nampak bergaya.
Di penghujung semester, masing2 terpaksa ikat perut atau macam biasalah utk student, makan Maggi.
Tapi setakat ni, tak pernah la pula sy jumpa yg menghantar duit pinjaman untuk keluarga di kampung Alhamdulillah tidak ada yg smpai susah seperti itu dalam kalangan rakan2 sy. :)
Cuma kadang kala terkilan jika ada yg membelanjakan duit pinjaman itu ke arah sesuatu yg mereka tidak perlukan pun.
Bagaimana kami yg tidak membuat pinjaman atau yg pinjamannya tidak berbaki langsung?
Minta pada ibubapa? Kakak abang?
Memang kebanyakan kami begitu. Tapi adakah ia mencukupi? (ini utk org yg bukan kaya)
Bukan duit utk makan shj yg kami perlukan, duit buku, fotostat dan print, untuk program dan sebagainya.
Ya, di UPM terdapat program "Suspended Meal", utk org yg susah dan tidak mampu.
Tapi, kami termasuk dalam golongan org susah ke?Apa pula kata orang nnt?
Duit buku. Baucer buku kan ada..
Baucer buku ni, masa pengagihannya sangat tidak bersesuaian.
Selalunya ia akan diberi pada hujung semester. Siapa perlukan baucer masa tu?
Kami perlukan ketika awal semester. Buku2 yg digunakan pula bukan murah, kadang2 mencecah Rm100 ke atas juga.
Hendak fotokopi buku, dah buat plagiat (plagiarisme) pula.
Jadi kami memang minta kepada orang tua kami.
Tapi kadang2 tu, bila perlukan lebih, segan tahu tak nak minta.
Rasa mcm kita susahkan mereka.
Rasa bersalah.
Pada kebanyakan waktu, kami cuma mendiamkan diri shj.
Melainkan jika ditanya "Ada duit tak nii?"
Barulah tersipusipu jawab tak.
Ada kawan sy, yg tidak ada pinjaman, dalam akaun banknya cuma berbaki RM10, dan ia tidak boleh dikeluarkan. Sy cakap pada dia, mintalah pd ayah, dia kata tunggulah dulu kalau ayahnya tanya.
Dan dia sgt berjimat dalam perbelanjaannya.
Jadi, kami yg tidak mendapat pinjaman ni, meminta supaya korang hapuskan persepsi korang tu.
Ya, memang kebanyakan yg tak dapat pinjaman tu org kaya (sebab dia ikut slip gaji), tapi bukan semua org begitu.
Ada yg tanggungan ibubapa ramai, ada yg mungkin sakit, yg duitnya itu tidak boleh diperuntukkan banyak buat anak2.
Penulisan ini cuma berdasarkan pandangan dan pemerhatian sy shj.
Harap tak ada yg marah mahupun kecil hati.
sekian wasalam.
No comments:
Post a Comment