Assalamualaikumm.
Haihh tangan ni dah gatal nak update blog dari semalam tapi tahankan jugak sbb semalam patut siapkan utk presentation. 😋
So apa yg buat aku gatal tangan sangat tu?
Hahaha.
Ok lah, nak tulis pasal level of education, which is also, pesanan buat seseorang.
So there's this guy, dia kata dia takut nak berkawan dgn that one girl sbb that girl dah smpai degree and mungkin lps ni sambung master pulakk sedangkan dia, diploma je.
Woahh, right now, level of education really matter kan.😏
Ni gara2 org zaman sekarang sibuk amukkan nilai wang hantaran dengan tahap pendidikan perempuan tu ke camane?
Last2 laki takut nak dekat dgn perempuan yg tinggi pelajaran. Tu la sebab biasanya wanita bekerjaya (selalunya berpendidikan) jadi andartu kann. 😂😂😂
Yaa, aku tak nafikan pendidikan tu memang penting. Serius.
Tapi jgn lupa, tuntut ilmu tu, kt mana2 pun boleh. Tak semestinya pendidikan formal je, yg tak formal pun boleh dapat ilmu jugakk.
Ohh ever heard about the best teacher is experience?
So yeah, tu semua tak dapat melalui pend. formal.
Yang pentingg, niat nak cari ilmu tu ada, tak kisah la apa pun saluran kita tu (saluran yg betul laaaa) and belajar ni sepanjang hayat, bukan sekarang je tau tau.
Orang yg ada pendidikan tinggi ni, dikatakan lebih mudah mendapat pekerjaan. Ye, dengan sijil2 dan skrol tu semua, boleh menjadi tiket utk dipanggil ditemuduga dan org kata boleh jd tanda aras gaji.
*sigh*
Tapiii majikan sekarang pun lebih pentingkan skil dan soft skill.
Kalau awak tu ada attitude yg lebih baik, tak mustahil majikan pilih awak yg tahapnya lebih rendah berbanding org yg tinggi pendidikannya.
Dan berbalik pada pegangan kita, yg memberi rezeki tu Allah.
Kalau Allah kata kerja awak mcm ni gaji mcm ni, jgn risau.
Benda tu tetap akan jd milik awakk.
Ohh dengan syarat, kita bergantung pd Allah tu, jgn lupa sertakan dgn usaha pulak.
Jangan mengharapkan bulan jatuh ke riba pulak. :')
Orang yg ada pendidikan tinggi ni lebih berjaya, boleh hidup senang.
Mungkin....
Tapi, org yg kurang sikit tu, tak boleh berjaya ke mcm mana?
Sy pernah tengok sendiri, sekeliling sy, ada org tuu, takat spm je, tapi dia bos.
Org yg ngaji tinggi2 ni, kerja bawah org yg takde pend tinggi tu. Lagu mana tu?
Tahap pendidikan tu tak menentukan berjaya atau tidak seseorang tu, senang atau susah hidup orang tu.
Eh japp, tak ke org kata lelaki, kalau jumpa perempuan yg sanggup terima dia masa dia takde apa2 n sanggup susah sama2 n usaha sama2, jaga lah perempuan tu, simpan dia *ehem buat la jd isteri 😝😝
Hahaha kkkk selingan jap tadi.
Rasa terhina ke bila bergandingan dengan org yg pend lebih tinggi?
Jangann.
Tahap pend tu tak menandakan seseorang tu mulia atau tak pun.
Risau apa org kata?
Mulut orang takkan berhenti berkata2. Kita pekakkan telinga dah la.😉
Pada sy, sikap tu lebih penting. Bayangkan kalau seseorang tu berpelajaran tinggi, tapi biadap, berlagak pulak tu dan tak hormat orang banding dengan org yg kurang tahap pendidikannya tapi sopan santun dan hormat org lain, org pun dah tak pandang level education tu.
To me, jgn la ada sikap buruk sangka atau prejudis terhadap org yg lebih rendah tahap pendidikannya. Kita taktahu apa masalah dia yg dia tak sambung belajar.
Mungkin dia dah mintak tapi belum ada rezeki, mungkin kekurangan sumber kewangan, mungkin nak bantu ibubapa, nak bekerja, nak mendahulukan adik2 dan macam2 lagi masalah yg kita takkan tahu pun.
Untuk yg lebih rendah tahap pendidikan, jangan merendah diri.
Korang kena kenal diri korang, apa kelebihan diri korang and tahu how to "sell yourself".
Paling penting, percaya pd rezeki Allah. Tiap orang, berbeza perjalanan hidup yg ditetapkan utk korang.
Doaa, usaha dan ikhtiar, then tawakal.
Ps: penulisan ni hanyalah pendapat peribadi shj, kalau ada yg tak bersetuju, itu terpulang.
Sekiann.
No comments:
Post a Comment